Sunday 28 September 2014

SEMESTER BARU BERMULA

bulan 9-12/2014 ni bermula la semester baru pengajian, sem ni da masuk semester 2, pejam celik, pejam celik sat ja da msuk semester kedua.... anyway..for information, aku baru je smbung blja degree kos Sains Pentadbiran kod AM228 di Uitm Merbok, Kedah

sem lepas, pointer not bad...alhamdulillah...leh la score 3.13 even da ada 2 anak plus bekerjaya lagi kan... ehehe...sem ni nak naikkan lagi ponter insyaAllah...

sem ni mcm biasa amik 4 subjek jugak..sama mcm sem lepas...

so....doakan kejayaan saya...amiin

Monday 30 September 2013

SAMBUNG BELAJAR DEGREE EPJJ -part 2

ok, aku dah mula isi borang online utk sambung dgree epjj. universiti yang menjadi pilihan hati tentunya uitm dihatiku. chewahhh....

aku isi borang online di laman web www.ined.uitm.edu.my. lama web ni khas utk pelajar yang akan menjalani pengajian jarak jauh juga luar kampus, segala jadual, tutorial, yuran, semuanya ada di sini.

tarikh utk menghntar borang adalah bermula dr 1oktober hingga 30 november 2013. so, aku da isi siap2 and da hntar semua dokumen sokongn ke ined. harap2 ada la rezeki aku, then kalau berjaya, aku akan masuk intake mac 2014. so, doakan aku ye kawan2...

oh ya, aku akan amik cos sains pentadbiran. cos ni ada lah yang continous dari diploma aku, selain boleh transfer kredit, dapat la memendekkan masa aku belajar. pendek pun x pndek la, makan masa 4 tahun juga, kalau buat full time, 2 tahun je kot. haha

xpe la, instead, aku da keja tetap. keja yang bersepadan dgn kelayakan aku iaitu diploma, so, aku rasa laluan aku da betul, smbung dalam bidang yang sama, juga untuk career advancement pada masa hadapan... semoga aku dapat habiskan pengajian aku selama 4 tahun akan datang. InsyaAllah...

SAMBUNG BELAJAR DEGREE (EPJJ) -part 1

assalamualaikum...

entry kali ni aku nak cerita pasal nak sambung belajar...
aku merupakan diploma holder in public administration. lepas habis SPM, aku dapat tawaran masuk Uitm. aku ditawarkan bidang pentadbiran awam di Uitm Merbok selama 3 tahun.

tahun 2007, aku grad. then lps tu aku ada smbung dgree kat Uitm shah alam. aku amik, cos pentadbiran korporat. then, aku blja x smpai 2 minggu, pastu aku quit. hbis aku kena bambu ngn mak, abah, n yang paling teruk kena ngn kakak. ntah la, aku mcm xde hati nk smbung belajar. dalam kepala otak ni hanya nak cari kerja je.. banyak keja aku buat sblm aku dpt jawatan yang aku pegang sekarang. kisah suka duka tu nnti la aku cerita dlam entry akan datang, sekarang ni aku nk cite aku nk smbung dgree epjj dulu.. hehe. *excited*

niat nk smbung dgree ni da lama tersemat sebenarnya..sejak aku first year jawat jawatan penolong pegawai tadbir ni. ye la, da dapat keja tetap, baru la sedap nk smbung belajar, ye dak? dulu, masa kawan2 aku sibuk study fulltime dgree, aku sibuk cari kerja merata. then, bila aku da berjaya pegang jawatan dalam gomen, aku tgk kwn2 yg da grad dgree masih lagi tercari2 kerja. kesian kan? apa2 pun rezeki allah da tetapkan, masing2...

dulu, pas kawen, ingt nk wat dgree, epjj, then tangguh sbb tgh pregnant, setahun lepas tu disahkan hamil lagi anak ke 2, so, cita2 tu terpaksa la ditunda, hehe. sekarang baby yang kecik pun da 10 bulan, aku akan apply smbung dgree epjj intake mac 2014. so time tu baby pun da setahun lebih. insyaallah, aku akan berjuang as a wife, worker, mother and as a student pada tahun 2014 nnti. doakan aku ye kawan2...

and aku da pasang siap2 (implan) sejenis alat perancang keluarga yang tahan untuk tempoh 3 tahun. hehe. so, aku xyah risau lagi kot2 termengandung ke masa tgh belajar kan. hehe

and 4 the information, kelas dijalan kan selama 2 hari je sebulan iaitu pada hari sabtu. so, insyaAllah, harap2 aku boleh manage semuanya...aminnn

*bersambung ke part 2


TIKET MOTO GP

asalamualaikum....

Entry kali ni aku nk menceritakan yang aku telah membeli tiket moto gp dengan harga diskaun.
nak tahu caranya? jeng jeng jeng....

firrst of all, entry sebelum ni aku ada menceritakan yang aku dan suami akan pergi menyaksikan perlumbaan moto gp yang akan diadakan di sepang international circuit pada 11-13 oktober 2013. so, tak di sengajakan, aku telah terbaca iklan di surat khabar metro rasanya yang me war-warkan harga diskaun tiket kepada maybank cardmembers.. diskaun hanya layak kepada maybank visa, mastercard credit dan debit card. so, aku ada debit card, then layak kot apply.. heh..cuba2 je la.

mulanya aku tak berapa faham sgt mcamana nk beli tiket ni. aku godek2 maybank2u xde pon icon sepang ni. then, aku pun try call customer service maybank. then, cust service tu explain kt aku yang tiket tu hanya boleh dibeli di kaunter dan online. so, aku prefer online, then dia minta aku buka lama web sepang circuit, so, aku pun buka laman web ni www.sepangcircuit.com. kat laman web ni ada instruction how to purchase the ticket.


mulanya aku ingt nak beli tiket F type. yang ni tempat yang kita nk tgk event  tu berlangsung. ada 3 type tiket which are MGS, K1 dan F. yang F ni paling murah la. hrga normal RM73 (murah la sangat) haha. so, if kita pkai maybank member card, kita dapat hrga Rm 53 shj. murah la tu kan. jimat rm20 tu. hehe.

aku pun call la husband aku, tanya pendapat, nk proceed ke x dgn hrga tu, then husband aku kata nnti dia call balik coz dia nk tya pendapat kawan dia. then setengah jam lepas tu husband pun call n bgtau nak beli tiket K1, member dia kata K1 lagi selesa. sbb bawa anak kan. yang si irsyad ni jenis cepat bosan, so, kalau dok kt K1 ni, kat bawah tu ada juga kedai2 utk buat beli2 sbgai umpan kat dia. hehe. then, aku pun setujulah.

setahun yang lepas, masa kitorang pegi (time tu xde anak lagi, tiket utk F stand ni baru Rm53, sekarang da naik ye hrganya. hhuhu...

okeh, lupa pulak, hrga utk K1 grandstand tu kalau normal RM103. if guna mayabnk membercard tu dpat la rm73. jimat rm60 utk dua tiket okeh.. then utk irsyad free, sbb budak bawah 7 tahun masuk adalah percuma.

so, aku pun da print tiket tu utk simpanan. if tiket ni nak ditukarkan kpd tiket yng asal, kena tambah rm20, so better pakai je la tiket print sendiri ni.. asalkan boleh masuk dan tengok event tuh. hehe.
ok, smpai cni shj, nnt da pegi sana aku update lagi.. huuhu

Sunday 29 September 2013

moto GP 2013

entry kali ni aku nak ceritakan event tahunan yang WAJIB family kecil aku pergi iaitu Kejohanan moto GP di Litar Sepang. actually aku mula "terjebak" dengan aktiviti ni lepas aku berkahwin dengan suami aku sekarang. dulu masa bujang encik suami rajin main motor. tapi masa aku bercinta dengan dia, dia da slow main moto sbb dia tau awek (sekarang wife)  dia ni x berapa suka dengan dunia permotoran. so, kesimpulannya semasa bercinta encik suami x pernah nak dating naik motor, kalau tgk kpd kawan2 dia yang bercouple selalu gak dating naik motor, tapi aku ngn dia xPERNAh ok!. hehe. pernah juga kena perli dengan kawan2 yang sekepala bermain motor, tapi dia pekakkan telinga je.. ini semua SAYANG punya pasal lah.. hehe.

actually, aku x pernah pun  nk halang dia main motor or tinggal terus kawan2 dia, malah aku kadang rasa excited juga, tapi semua ni katanya atas keinsafan yang datang sendiri dalam diri dia. sampaikan dia sanggup jual motor kesayangan dia utk buat hantaran kawen. huu.. (sgt terharu ok!) ok la, melalut la pulak, terkenang kisah lama sat. haha.

ok, nak jadikan cerita, aku dan suami berkahwin pada tahun 2010. then, mula dari tahun tu aku akan ikut hubby pergi tgk moto GP. event ni slalu diadakan dalam bulan 10 setiap tahun. so, kali pertama aku pergi, (teman suami je sebenarnya) not bad la. best juga. mula2 mmg layan. tapi lama2 boleh pulak aku tertido smpai habis race. hehe. hubby siap ckp " yg boleh tdo dlam suasana bising2 cmtu". aah..mengantuk punya pasal, tido la,hehe.

2011 keluarga pun dah berkembang, tahun tu aku da dapat baby. time tu baby baru 5 bulan, so, we decide to bg mak aku kat kg jaga sbb nk tgk moto gp punya pasal. hehe. tahun tu tak berapa syok, sbb perlawanan x dapat dihabiskan sbb berlaku kemalangan di track dimana pelumba Marco simoncelli terbunuh. kejadian tu boleh dikatakan berlaku di depan mata juga. tgk live beb..ngeri rasa. so, perlawanan diberhentikan serta merta. so, tahun tu rasa x best sgt la. sbb x dpt tgk habis.

2012 aku ngn hubby x pergi, sbb time tu aku da sarat mengandung baby ke 2. time tu da 8 bulan, takut nnt kalau pergi terberanak pulak aku kat track, hehe, rasa rugi pula tak pergi tahun tu sbb tahun tu merupakan kebangkitan pelumba2 malaysia, iaitu hafiz shahrin n zulfahmi khairuddin mendapat tempat top 10 rasanya. kalau ada kat sana mesti bangga gila kan. huu...xpelah,, xde rezeki nak pergi..

2013...tahun ni aku ngn suami taknak lepaskan peluang. mesti pergi. cadangnya nak bawa irsyad je, affan kena tggal dgn tok dia kat kg. hehe. kesian anak mama. affan kecil lagi, lagipun x bgus utk pendengaran dia kalau pg pun, so, bwa abang, boleh la tumpu perhatian pada dia sorang je. kalau x, jenuh nak kepung,

so, jumpa di Sepang nnti pada 11-13 oktober 2013...walaupun harga tiket utk 3 hari, tapi kami pergi hari yang terakhir je.. hehehe


BARU BERJINAK JINAK DENGAN DUNIA BLOGGING

Assalamualaikum...
hari ini dalam sejarah dimana saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ni. actually sebelum ni saya hanya sekadar silent reader je kat mana2 blog. mana2 topik yang saya rasa interesting, saya akan google n akan baca apa yang orang lain coretkan, so, hari ni rasa macam terpanggil lak nak buat blog sendiri. (walaupun xde orang nak baca) but jadikan diari harian pon ok gak. hehe. ok, let me introduce myself dulu la...

nama penuh saya ialah Nur Aida Bte Shahidan, berusia 27 tahun pada tahun ini iaitu tahun 2013. sudah berkahwin dengan encik Ismail Bin Iderus dan telah mempunya 2 cahaya mata. hero keduanya.. Irsyad Alauddin 2 tahun. Izzuddin Affan 10 bulan..

bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27 di sebuah sektor kerajaan iaitu Hospital Kepala Batas , Penang dibawah unit Farmasi dan  Bekalan.

berasal dari Taiping perak, menetap di Kepala batas, Penang. 

so, yang tu dulul lah kot. nnti2 akan update lagi.. hehe...