Sunday 29 September 2013

moto GP 2013

entry kali ni aku nak ceritakan event tahunan yang WAJIB family kecil aku pergi iaitu Kejohanan moto GP di Litar Sepang. actually aku mula "terjebak" dengan aktiviti ni lepas aku berkahwin dengan suami aku sekarang. dulu masa bujang encik suami rajin main motor. tapi masa aku bercinta dengan dia, dia da slow main moto sbb dia tau awek (sekarang wife)  dia ni x berapa suka dengan dunia permotoran. so, kesimpulannya semasa bercinta encik suami x pernah nak dating naik motor, kalau tgk kpd kawan2 dia yang bercouple selalu gak dating naik motor, tapi aku ngn dia xPERNAh ok!. hehe. pernah juga kena perli dengan kawan2 yang sekepala bermain motor, tapi dia pekakkan telinga je.. ini semua SAYANG punya pasal lah.. hehe.

actually, aku x pernah pun  nk halang dia main motor or tinggal terus kawan2 dia, malah aku kadang rasa excited juga, tapi semua ni katanya atas keinsafan yang datang sendiri dalam diri dia. sampaikan dia sanggup jual motor kesayangan dia utk buat hantaran kawen. huu.. (sgt terharu ok!) ok la, melalut la pulak, terkenang kisah lama sat. haha.

ok, nak jadikan cerita, aku dan suami berkahwin pada tahun 2010. then, mula dari tahun tu aku akan ikut hubby pergi tgk moto GP. event ni slalu diadakan dalam bulan 10 setiap tahun. so, kali pertama aku pergi, (teman suami je sebenarnya) not bad la. best juga. mula2 mmg layan. tapi lama2 boleh pulak aku tertido smpai habis race. hehe. hubby siap ckp " yg boleh tdo dlam suasana bising2 cmtu". aah..mengantuk punya pasal, tido la,hehe.

2011 keluarga pun dah berkembang, tahun tu aku da dapat baby. time tu baby baru 5 bulan, so, we decide to bg mak aku kat kg jaga sbb nk tgk moto gp punya pasal. hehe. tahun tu tak berapa syok, sbb perlawanan x dapat dihabiskan sbb berlaku kemalangan di track dimana pelumba Marco simoncelli terbunuh. kejadian tu boleh dikatakan berlaku di depan mata juga. tgk live beb..ngeri rasa. so, perlawanan diberhentikan serta merta. so, tahun tu rasa x best sgt la. sbb x dpt tgk habis.

2012 aku ngn hubby x pergi, sbb time tu aku da sarat mengandung baby ke 2. time tu da 8 bulan, takut nnt kalau pergi terberanak pulak aku kat track, hehe, rasa rugi pula tak pergi tahun tu sbb tahun tu merupakan kebangkitan pelumba2 malaysia, iaitu hafiz shahrin n zulfahmi khairuddin mendapat tempat top 10 rasanya. kalau ada kat sana mesti bangga gila kan. huu...xpelah,, xde rezeki nak pergi..

2013...tahun ni aku ngn suami taknak lepaskan peluang. mesti pergi. cadangnya nak bawa irsyad je, affan kena tggal dgn tok dia kat kg. hehe. kesian anak mama. affan kecil lagi, lagipun x bgus utk pendengaran dia kalau pg pun, so, bwa abang, boleh la tumpu perhatian pada dia sorang je. kalau x, jenuh nak kepung,

so, jumpa di Sepang nnti pada 11-13 oktober 2013...walaupun harga tiket utk 3 hari, tapi kami pergi hari yang terakhir je.. hehehe


No comments:

Post a Comment